Johor...
Nama ‘Johor’ berasal dari perkataan Arab, jauhar yang bermaksud batu permata. Sebelum nama Johor dipakai, kawasan dari selatan sungai Muar hingga ke Singapura dikenali sebagai Ujung Tanah diambil sempena lokasinya di penghujung sememanjung Tanah Melayu. Bukan sekadar itu, Johor juga merupakan penghujung paling selatan daratan Asia. Sejarah Johor moden bermula seawal abad ke-16 setelah pembukaan sebuah negeri baru oleh Sultan Johor, anak kepada Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir kerajaan Melayu Melaka yang melarikan diri dari serangan Portugis.
Kerajaan Johor berjaya mengembangkan ekonominya dan menjadi kuasa politik terpenting sesuai dengan lokasinya di laluan perdagangan timur-barat. Di zaman kegemilangan Johor, negeri ini pernah menjadi sebuah empayar besar yang mana kekuasaannya mewarisi sebahagian jajahan takluk Melaka. Empayar Johor termasuklah sampai ke Terengganu di semenanjung, kepulauan Riau-Lingga dan sebahagian pantai timur Sumatera. Bagaimanapun, Johor gagal membebaskan Melaka biarpun telah berperang dengan Portugis selama 130 tahun sepanjang penjajah itu menguasai Selat Melaka.
Sejarah Johor sejak penghujung tahun 1500an hingga penghujung 1600an banyak diwarnai dengan pelbagai cabaran dalam mengekalkan kuasa politik dan ekonominya di rantau ini. Ia berhadapan dengan kebangkitan Acheh di utara Sumatera dan kuasa penjajah Portugis di Melaka. Tidak setakat itu, Johor juga menghadapi tentangan dari dalam negeri apabila kekuasaannya di Sumatera sering dicabar.
Dalam menghadapi Portugis di Melaka, Johor pernah berkerjasama dengan beberapa buah negeri Melayu dan kuasa baru Belanda yang mula menaruh minat bertapak di Nusantara. Pada tahun 1641, Johor dengan bantuan Belanda telah berjaya membebaskan Melaka dari Portugis. Malangnya hasil tipu helah Belanda, Melaka beralih kuasa ke tangan penjajah baru itu, bukannya ke tangan orang Melayu. Pada tahun 1660, Johor berjaya menjadi pelabuhan yang disegani.
Pada tahun 1666 hingga tahun 1673 terjadi peperangan dalam negeri antara Johor dengan Jambi. Pada masa itu, Jambi yang merupakan jajahan takluk Johor sedaya upaya mahu memisahkan diri. Peranan Bugis mula digunakan ketika itu untuk menundukkan Jambi agar terus kekal dibawah takluk Johor.
Pada tahun 1812, selepas kemangkatan sultan Johor, Sultan Mahmud III yang memerintah Johor dari Lingga, Yam Tuan Riau yang merupakan wakil kerajaan Johor di Riau telah melantik Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor yang baru. Perlantikan ini tidak disenangi oleh kandanya Tengku Hussein kerana merasakan beliau labih layak memandangkan dia anak yang lebih tua. Keadaan ini menyebabkan sedikit kucar-kacir dalam pemerintahan Empayar Johor. Situasi ini merupakan saat keemasan bagi Inggeris dan Belanda untuk mengukuhkan lagi keberadaan mereka di rantau ini.
Pada tahun 1819, British melalui wakilnya Sir Stamford Raffles telah berjanji kepada Tengku Hussein untuk membantu mengembalikan tahta pemerintahan kepada beliau dengan syarat Tengku Hussein setuju menyerahkan Singapura kepada British. Belanda yang sejak lama telah menjalinkan hubungan baik dengan Johor merasakan keberadaannya terganggu dengan tindakan British itu. Bagaimanapun pertelingkahan Belanda-British ini berakhir bila kedua-dua kuasa itu menandatangani Perjanjian British-Belanda 1924. Perjanjian itu antara lain menyebut kedua-dua pihak mengaku kuasa Inggeris di Singapura dan Kuasa Belanda di selatannya.
Maka bermulanya sejarah baru negeri Johor yang kita kenali hingga ke hari ini. Biarpun dalam perjanjian asal, Tengku Hussein yang sepatut akan memerintah Johor, pemerintahan sebenar tetap dikuasai Temenggong sebagaimana sediakala. Malah pada tahun 1855, dibawah perjanjian British dengan Sultan Ali ketika itu, Pemerintahan Johor secara rasminya diserahkan ke tangan Temenggong Daing Ibrahim kecuali kawasan Kesang (Muar) yang hanya diserahkan pada tahun 1877. Temenggong Ibrahim selepas itu bertanggungjawab membuka Bandar Tanjung Puteri menggantikan Teluk Belanga sebagai ibu negeri Johor yang baru. Bandar itu kemudiannya dikenali dengan nama bandar Johor Bahru. Sekarang menjadi ibu negeri Johor hingga ke hari ini.
Kejayaan Temenggung Ibrahim diteruskan anaknya Temunggung Abu Bakar yang mendapat gelaran Sri Maharaja Johor. Pada tahun 1866, beliau kemudiannya dimartabatkan sebagai Sultan Johor (1864 – 1895). Sultan Abu Bakar bertanggungjawab memperkenalkan perlembagan dan menyusun sistem pentadbiran Johor yang lebih berkesan. Beliau juga bertanggungjawab membangunkan Istana Besar sebagai kediaman rasmi. Atas jasanya ini, beliau digelar Bapa Pembangunan Johor Moden. Namanya kini diabadikan pada sebuah menumen dikenali Monumen Sultan Abu Bakar yang dibina berhadapan laut setentang dengan bangunan mahkamah.
Permintaan tinggi terhadap lada hitam dan gambir pada abad ke 19 membawa kepada pembukaan ladang secara besar-besaran di Johor. Hal ini mendorong pengambilan besar-besaran imigran dari China dibawah sistem Kangchu. Sistem ini mula diperkenalkan pertama kalinya di Kangkar (kangchu) Tebrau pada tahun 1844. Selain itu, Imigran India juga dibawa masuk untuk dikerjakan di ladang-ladang getah melalui sistem Kangani yang mula dibuka pada abad ke 19. Sampai saat ini, Johor mejadi negeri pengeluar getah terbesar di Malaysia .
Sistem-sistem ini akhirnya dihentikan di penghujung abad ke 19 pada masa yang sama dengan pembukaan jalan keretapi menghubungkan Johor Bahru dengan Persekutuan Negeri-negeri Melayu yang terletak dibawah kekuasaan British pada tahun 1909.
Pada tahun 1914, melalui tipu daya British, negeri Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Ibrahim akhirnya dipaksa menerima seorang penasihat British dibawa “British Resident System”. Sejak itu bermulalah kekuasaan Inggeris di Negeri Johor secara langsung. Johor menjadi negeri Melayu terakhir yang tunduk ke tangan British. Kejayaan menguaasi Johor itu menjadi pelengkap kepada siri penjajahan kuasa-kuasa asing di negeri-negeri Melayu di Semenanjung termasuklah Siam yang menguasai Patani di Utara.
Ketika perang dunia ke-2, Johor Bahru menjadi bandar terakhir di Semenanjung Malaysia yang ditawan Jepun. Panglima perang Jepun, General Yamashita Tomoyuki selepas itu membuka pejabatnya di Bukit Serene dan memantau kejatuhan British di Singapura dari sana.
Pada tahun 1948, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu yang kemudian mendapat kemerdekaan dari British pada 1957.
Melaka.....
Sejarah MelakaSejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, keturunan majapahit, pada tahun antara 1400 hingga 1403. Parameswara adalah keturunan Raden Wijaya, raja pertama dan pengasas Kerajaan Majapahit (1293-1309)yang menikahi Sri Gayatri Rajapatni, puteri dari Sri Kertanegara, raja terakhir (1268-1292) Kerajaan Singhasari, yang kemudian memiliki Puteri Tribuana Tunggadewi, pemimpin ketiga (1326-1350) Kerajaan Majapahit. Beliau menikahi Kertawardana, dan memiliki Puteri Iswari. Si puteri kemudian menikahi Singawardana, dan memiliki Putri Sarawardani. Kemudian ia menikahi Ranamenggala, dan memiliki anak bernama Parameswara yang lahir di tahun 1344 pada saat neneknya, Ratu Tribuana Tunggadewi, memerintah Majapahit. Kesultanan Melaka ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511. Untuk rencana lanjutan, lihat Kesultanan Melaka.Pemerintahan JajahanMelaka ditawan oleh Alfonso de Albuquerque, seorang Wizurai Portugis pada 24 Ogos 1511 dan menjadikannya suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur. Sultan Mahmud Shah, Sultan terakhir Melaka, melarikan diri ke daerah pedalaman dan menyebabkan kesukaran kepada pihak Portugis dengan serangan sekejap-sekejap dari tanah daratan dan laut. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana beliau mangkat dua tahun kemudian. St. Francis Xavier, seorang mubaligh Jesuit, tinggal di Melaka selama beberapa bulan pada tahun 1545, 1546 dan 1549 kerana hendak menjadikan Melaka sebagai pusat operasinya di Timur. Pada tahun 1641, pihak Belanda menakluk Melaka dengan penewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walaubagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi mereka lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Fort A'' Formosa: Perobohan oleh pihak British dihentikan oleh Sir Stamford Raffles pada 1808 sewaktu beliau singgah di Melaka. Apa yang ketinggalan dipelihara sehingga hari ini. (Gambar oleh: Cornell Japanese Animation Society) Pihak Belanda menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perjanjian British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh Syarikat Hindia-Timur British (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Ia menjadi sebahagian Petempatan Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1946. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang menjadi sebahagian Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia. Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989.Jelebu berasal daripada nama seorang lelaki yang mati lemas dalam Sungai Teriang pada zaman Dato' Moyang Saleh, Undang Luak Jelebuh yang menerima gelaran dari Sultan Johor pada 1757.
Dua pemerintah Jelebu sebelum Dato' Moyang Saleh adalah Dato' Gombak dan Dato' Mentunggang dengan memakai gelaran Penghulu. Bila Dato' Moyang Saleh ambilalih jawatan tersebut, jawatan penghulu digantinama sebagai Undang Jelebu.
1757, Moyang Saleh menghadap Sultan Johor kerana Sultan Johor dah bunuh anak Undang REmbau. Sebab Moyang Saleh berani dan tegas, dan Sultan Johor nak bodek dia, maka Moyang Saleh mendapat gelaran Dato' Manduleka Menteri Akhir Zaman Sultan Jelebu. Sejak tu, Jelebu tak lagi di bawah kekuasaan Johor. Jelebu berkuasa sendiri yang disebut 'Bergajah Tunggal'. Peristiwa inilah yang dikatakan 'memutus tali ke Johor'.
Dato' Siamang Gagap atau nama sebenarnya Kahar adalah tokoh penting dalam perlantikan Tunku Puan Intan balu Yamtuan Radin (1824-1861) menjadi pemangku raja yang memerintah Negeri Sembilan semenjak Raja Melewar. Raja Radin adalah pemerintah keempat Negeri Sembilan.
Berlaku pergaduhan dan perebutan kuasa antara 1869-1872 (tempoh di mana Negeri Sembilan tidak mempunyai raja). Seorang anak Yamtuan Imam yang mangkat bernama Tunku Ahmad Tunggal berkeras menuntut supaya dia diangkat sebagai raja. Tapi orang-orang besar dan penghulu-penghulu luak tidak bersetuju mengangkat tunku Ahmad Tunggal menjadi raja kerana kelakuannya yang tidak elok.
Pada masa itulah Dato'-Dato' Undang Luak Sungai Ujong, Jelebu dan Rembau berselisih faham dengan Yamtuan di Seri Menanti dalam beberapa perkara dan menjadi salah satu sebab bagaimana Inggeris mula campur tangan dalam pemerintahan tiga luak itu. Jarum Inggeris mengakibatkan Perang Naning dan Perang Bukit Putus.
Masa tu ler Dato' Siamang Gagap yang cukup berpengaruh memainkan peranannya sehingga Negeri Sembilan mempunyai satu-satunya raja perempuan (walaupun hanya pemangku) yang memerintah selama 3 tahun (1869-1872) sehinggalah Yamtuan Antah iaitu anak saudara kepada Yamtuan Imam diangkat menjadi raja.
Upacara pemilihan Yamtuan oleh Undang Luak Berempat hanya berlaku Negeri Sembilan 'merdeka' sepenuhnya daripada Johor. Sebelum itu, pemerintahan berjalan di bawah tadbir seorang ketua yang dipanggil Penghulu Luak yang kemuidannya dipanggil Undang. Setiap Luak ini mempunyai kuasa sendiri memerintah luaknya yang dibantu oleh Dato'-Dato' Lembaga, Buapak dan besar waris menurut sistem Adat Perpatih.
Dato' Siamang Gagap hanya mempengaruhi agar Tunku Puan Intan balu Yamtuan Radin dinaikkan sebagai pemangku raja sementara Dato'-Dato' Undang Luak Empat mencari jalan penyelesaian untuk mencari ganti raja. Sebab itulah antara tahun 1869 sampai 1872, Negeri Sembilan takder raja. Yang ada cumalah pemangku raja. Dengan kata lain, perlantikan Yamtuan Antah tetap tertakluk di bawah kuasa keempat-empat Dato' Undang Luak Empat itu.
Dato'-Dato' Undang Luak Yang Empat asalnya daripada proses bersemenda menyemenda (nikah kahwin) antara orang-orang Minangkabau yang baru datang ke Negeri Sembilan dengan kaum Semang dan Jakun yang melahirkan keturunan suku Biduanda. Sebab itulah pesaka Undang tidak boleh disandang oleh orang dari suku lain selain suku Biduanda kerana orang yang dari suku lain itu adalah orang yang baru mendatang, bukannya penduduk asli.
Hak sebagai Yamtuan (belum lagi Yang Dipertuan Besar) selepas Yamtuan Imam (1861-1869) direbut oleh Tunku Ahmat Tunggal, salah seorang anak Yamtuan Imam. Tapi dia tak dilantik sebagai perangainya yang kejam dan gila kuasa.
Hasil mesyuarat keempat-empat Dato' Undang Luak itu, Tunku Besar Lintau, anak saudara Yamtuan Imam ditawarkan untuk menjadi raja tapi dia menolak sebab dia tidak suka campur dalam hal ehwal negeri dan memikul tanggungjawa itu. Dikatakan Tunku Besar LIntau seorang yang alim lagi warak dan lebih suka beramal ibadat. Jadi, selepas Tunku Besar Lintau menolak, adiknya iaitu Yamtuan Antah pula dilantik.
Lepas tu, panjanglah kisahnya termasuklah Tunku Ahmad Tunggal yang gagal menjadi raja, lari menemui Dato' Kelana Syed Abdul Rahman di Sungai Ujong dan meminta bantuan Dato' Kelana untuk memerangi Yamtuan Antah. Macam mana Luak Sungai Ujong (Dato' Kelana), Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau mengisytiharkan diri keluar dari persatuan Negeri Sembilan dan tidak mengakui Yamtuan Antah sebagai raja.
Bermula dari situlah meleret-leret sampailah campurtangan Inggeris di Negeri Sembilan pada 23 November 1876 menerusi perjanjian antara Yamtuan Antah dengan Dato'-Dato' Penghulu Luak. Sebelum itu, Inggeris bantu Dato' Kelana menyerang Seri Menanti pada 1874 yang menyaksikan kekalahan Yamtuan Antah.
Tapi akhirnya campurtangan dan tipu helah British menaikkan semula Yamtuan Antah walaupun sepatutnya Dato' Kelana yang menang perang pada 1874 sepatutnya jadi raja berdasarkan prinsip, yang kalah hilang negeri, yang menang menguasai dialah yang memerintah.
Nasihat daripada British menerusi gabenornya, Sir Frederick Aloysius Weld, menyebabkan Yamtuan Antah balik ke Seri Menanti dan menjadi raja di Seri Menanti yang terlengkong Luak-Luak Johol, Inas, Ulu Muar, Jempul, Terachi dan Gunong Pasir... (Negeri Sembilan yang tidak lengkap)
Perkataan 'Negeri' yang ada pada pangkal nama Negeri Sembilan itu adalah berasal daripada perkataan orang Minangkabau yang disebut menurut pelatnya 'Nagari' kerana Negeri Sembilan telah dibuka oleh orang-orang yang datang dari Minangkabau... kemudian selepas dari itu, 'Negeri' bermaksud pula gabungan 9 buah Mukim atau Luak.
Sebelum orang Minangkabau datang ke negeri itu, Negeri Sembilan didiami oleh orang Asli Semang dan Jakun. Bila orang Minangkabau yang lebih bertamadun datang meneroka,maka, dengan mudah diorang pengaruhi orang Asli itu. Kemudian berlaku proses perkahwinan antara orang Minangkabau dan Orang Asli melahirkan keturunan Biduanda yang kemudian menjadi golongan yang menentukan siapa raja.
Berdasrkan batu bersurat yang sampai sekarang masih ada di Sungai Udang Linggi Port Dickson, Negeri Sembilan dibuka pada awal kurun ke-14 oleh seorang yang bernama Syeikh Ahmad. Daripada batu nesan yang terdapat di makamnya, menunjukkan dia telah meninggal dunia pada 1467, iaitu ketika pemerintahan Sultan Mansor Syah di Melaka.
Walaupun ada pendapat mengatakan dia berasal dari Arab, Parsi atau India, tetapi batu bersurat yang didapati dari atas kuburnya ternyata sama bentuk, rupa dan tulisan dengan batu bersurat yang ditemui di daerah-daerah Minangkabau, maka tidak syak lagi, Syeikh Ahmad berasal dari Minangkabau.
Selepas tu, barulah orang Minangkabau datang beramai-ramai ke Negeri Sembilan. Ada yang naik dari Kuala Sungai Linggi, Melaka dan Kelang. Mereka yang naik dari Kuala Sungai Linggi mendiami daerah REmbau dan Sungai Ujong serta Seri Menanti, manakala yang naik melalui Melaka, tinggal di Naning, Johol dan sebahagian dalam daerah Kuala Pilah.
Kebanyakan orang Minangkabau yang mula-mula datang ke Tanah Melayu terutama Negeri Sembilan, kebanyakannya beasal dari daerah sekitar Pagar Ruyong. Antara kampungnya, Sungai Tarap dan Semanik.
Jadi, tak hairanlah macam mana orang Negeri Sembilan boleh menjemput Raja Melewar jadi raja diorang pada 1773 sebab Raja Pagar Ruyong itu adalah juga raja diorang. Malah dua orang raja Negeri Sembilan selepas Raja Melewar pun dijemput dari TAnah Pagar Ruyong iaitu Yamtuan Hitam dan Yamtuan Lenggang.
Apabila cerita mengenai Negeri Sembilan..... mesti ada kaitan ngan Rembau. Ini adalah kerana Rembau merupakan negeri yg pertama wujud di Negeri Sembilan sblm tempat lain. Tu pasal Rembau digelar Nagari Nan Tuo.
laman:http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1387.0